KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya boleh diselesaikan melalui pertemuan empat mata antara Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pengerusi Jawatankuasa Pengukuhan dan Penyatuan Bersatu, Tan Sri Rais Yatim berkata, sebarang permasalahan boleh diselesaikan jika kedua-dua pemimpin itu berlapang dada memilih jalan perundingan. Katanya, pertelagahan dua pemimpin tertinggi hanya memburukkan keadaan, menjejaskan usaha penyatuan parti serta semangat perpaduan Melayu dan Islam.…










