Rafizi buat ahli-ahli PKR hanya buat kelahi semasa sendiri - Exco AMK

Rafizi buat ahli-ahli PKR kelahi sesama sendiri

Dzul Hilmi Zainol
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keberadaan Datuk Seri Rafizi Ramli di dalam PKR disifatkan hanya menyebabkan ahli akar umbi berkelah sesama sendiri.

Exco AMK Malaysia, Dzul Hilmi Zainol berkata, jika benar beliau ingin menyampaikan kebenaran, kenapa harus diluahkan hanya di media sosial.

Sedangkan, katanya,  beliau Rafizi merupakan seorang Ahli Parlimen yang memenangi pilihan raya lalu di bawah PKR atau Pakatan Harapan (PH).

“Ini yang kita namakan sebagai perangai Diva.

“Teguran Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan mesej jelas bahawa, ini lah waktu paling sesuai untuk kita membuktikan bahawa mandat yang di berikan kini berada di tangan yang betul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, Anwar ketika berucap dalam Konvensyen PKR Selangor berkata, PKR cuma memerlukan individu yang fokus dan sanggup bekerja keras untuk terus memperkukuh parti kerana rakyat sudah memberikan mandat kepada PKR serta PH untuk mentadbir negara.

“PKR mesti ingat, fokus dalam kerja ini. Mandat ini satu amanah untuk bekerja. Sanggup bekerja, kekal, tak mahu kerja, keluar. Sanggup bekerja, tumpu membangun dan memperkuat parti, kekal. Berleter, merengek tak habis-habis boleh keluar kerana kerja kita masih banyak,” kata Anwar.

Dalam pada itu, Dzul Hilmi berkata, beliau yakin Rafizi kalau dalam tempoh sekarang bukan merupakan seorang ahli Parlimen, sudah pasti akan berulang kembali episod di mana beliau mendiamkan sehingga habis penggal.

Katanya, ini seperti apa yang berlaku pada Pemilihan Parti Keadilan tahun 2018 yang setelah beliau kalah kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ketika itu Rafizi bukan merupakan seorang ahli Parlimen.

“Saya juga menyangkal yang mana Rafizi tidak mahu PH terus menerajui kerajaan, kerana beliau tahu yang kerajaan hari ini sedang berada di landasan yang memperjuangkan nasib rakyat dan masa depan negara.

“Rafizi sedar yang semasa dia menjawat jawatan sebagai Menteri, isu rakyat dan membersihkan negara menjadi agenda utama kepimpinan kerajaan pada hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN