Pusingan kerja, proses tender secara dalam talian kekang jenayah rasuah

Pusingan kerja, proses tender secara dalam talian kekang jenayah rasuah

HANNAH Yeoh dalam sidang akhbar selepas menandatangani kerjasama strategik bersama SPRM di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan pusingan kerja yang lebih kerap khususnya melibatkan unit-unit sensitif adalah antara empat langkah reformasi utama bagi memperkukuh tadbir urus dan mengekang jenayah rasuah di semua agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pusingan ini penting supaya kita tidak berdepan isu keakraban pegawai dengan pemegang taruh, yang akhirnya boleh membuka ruang kepada salah laku.

Selain itu, beliau berkata, penambahbaikan tatacara pengurusan perolehan melalui pelaksanaan sepenuhnya proses sebut harga dan tender secara dalam talian turut dilaksanakan.

“Bila proses ini dibuat secara dalam talian, ia menjadi lebih telus dan jelas, terutamanya di peringkat pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Menurutnya, kerjasama tersebut melibatkan semua enam agensi di bawah JWP termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

“Kerjasama ini meliputi perkongsian maklumat, kepakaran dalam pengesanan serta pengesahan aduan atau salah laku, selain penyaluran maklumat konsisten berkaitan jenayah rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, penggunaan kamera badan oleh anggota penguat kuasa semasa operasi lapangan secara berfasa mulai suku keempat tahun ini.

Sementara itu, penilaian semula penarafan risiko Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi membolehkan SPRM dipertimbangkan untuk ditempatkan di unit integriti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN