Punca kematian wanita dalam kereta disebabkan radang paru-paru - polis

Punca kematian wanita dalam kereta disebabkan radang paru-paru – polis

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Punca kematian seorang wanita dalam kereta berkunci di sebuah stesen minyak di Paya Terubong di sini malam tadi adalah disebabkan oleh radang paru-paru atau pneumonia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad selepas bedah siasat selesai dijalankan ke atas mayat wanita berusia 37 tahun itu, hari ini.

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut (LMM) telah dibuka untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.48 malam itu, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berkunci dan dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan.

Difahamkan, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa, namun, wanita tersebut disahkan telah meninggal dunia oleh oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi sebaik sahaja berjaya dikeluarkan daripada kenderaan terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN