KUALA LUMPUR: Projek Penjara Sibu, Sarawak, bernilai RM275.33 juta dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2029. Pembinaan projek selama 36 bulan itu dilaksanakan menggunakan kaedah Reka dan Bina. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mahu projek itu disiapkan tepat pada masanya atau lebih awal (AOT) bagi membantu mengurangkan kesesakan di penjara. Beliau turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) terutama pengarah dan pasukan projek supaya memantau secara rapi…










