PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Perdana di sini. Perdana Menteri yang lengkap berbusana Melayu biru meluangkan masa menyantuni lebih 350 tetamu yang hadir selain bersama mendengar tazkirah Ramadan yang disampaikan penceramah terkenal, Ustaz Haryanto Rizal. Pada majlis sama, seramai 10 pengamal media termasuk veteran yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup…










