PETALING JAYA: Cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur sekiranya dilaksanakan secara tergesa-gesa atau bermotif politik berisiko mencetuskan krisis tadbir urus. Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata, isu itu bukan hanya berkaitan pentadbiran, tetapi menyentuh teras Perlembagaan Persekutuan, struktur kuasa Persekutuan–Wilayah, keseimbangan demografi bandar serta prinsip keadilan sosial. “Kuala Lumpur bukan bandar raya biasa, tetapi Wilayah Persekutuan yang diletakkan secara langsung di bawah Kerajaan Persekutuan melalui…










