PETALING JAYA: Tindakan tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Tasik Biru, Kundang, Rawang semalam mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan nekad pemuda terbabit yang mengutamakan nyawa mangsa walaupun berdepan risiko terhadap keselamatan diri sendiri wajar dipuji. “Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik…










