KLUANG: Mana-mana parti yang mahu menarik bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dibuang atau meletakkan jawatan perlu diterima secara en-bloc dan bukannya secara individu. Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zulkifli Bujang berkata, terdapat dalam kalangan mereka dipecat bukan atas kehendak peribadi, sebaliknya ia mewakili suara majoriti akar umbi yang mahu parti diselamatkan. “Antara kami ada dipecat dan kemudian sepakat buat keputusan letak jawatan, justeru tindakan…










