Perak mara ke separuh akhir Piala Cabaran - Utusan Malaysia

Perak mara ke separuh akhir Piala Cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Perak FA mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas menundukkan UM Damansara United di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Dua jaringan dalam masa tambahan oleh Fadhil Idris memberi kemenangan 3-2 kepada anak buah Syamsol Saad sekali gus layak dengan aggregate 4-2.

Perak menang 1-0 dalam pertemuan pertama di UM Arena Damansara pada 6 Januari lalu.

Pada perlawanan di sini, pasukan tuan rumah mendahului melalui gol Hafizy Daniel tetapi UM Damansara memadam kelebihan itu apabila mengikat kedudukan 2-2 melalui Wan Kuzri dan Shafizi Ikmal untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Aksi pada masa tambahan menyaksikan penguasaan Perak yang melenyapkan cabaran lawan dengan dua gol Fadhil untuk menempah tempat ke separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN