KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan risiko penularan penyakit tuberkulosis (tibi) yang lebih tinggi terutama menjelang musim perayaan serta cuti persekolahan. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd. Khalib berkata, tempoh perayaan menyaksikan masyarakat berkumpul lebih kerap di dalam bangunan, ruang awam yang sesak dan dalam tempoh lebih lama, sekali gus meningkatkan risiko penularan tibi termasuk tibi tahan ubat. Katanya, ketika perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan…










