Saifuddin pula tarik balik rayuan sertai semula Bersatu

Saifuddin pula tarik balik rayuan sertai semula Bersatu

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah mengambil pendekatan sama dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk menarik balik rayuannya menyertai semula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam surat yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan, Tan Sri Azhar Harun, Saifuddin menyatakan hasrat dan keputusan menarik balik rayuan dikemukakannya pada 16 Januari lalu.

“Saya dengan rasmi menyatakan hasrat dan keputusan menarik balik rayuan tersebut berkuat kuasa serta merta.

“Dengan penarikan ini, saya memohon agar Lembaga Rayuan mengambil maklum dan seterusnya menghentikan segala prosiding atau pertimbangan lanjut berkaitan rayuan tersebut,” katanya dalam surat penarikan rayuan yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai alasannya menarik balik rayuan tersebut, Saifuddin mengakui beliau menyokong bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Sebabnya (alasan menarik balik rayuan) saya bersama dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya ringkas.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Bersatu kedua yang mengambil pendirian tersebut selepas Wan Saiful mengumumkan menarik balik rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu selepas kedua-dua mereka dipecat keahliannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN