GEORGE TOWN: Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual sofa serta perabot dan dua ahli lembaga pengarahnya didakwa atas 58 pertuduhan iaitu gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti sebanyak RM320,337 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Ng Eng Chen, 64 serta isterinya, Lim Paik Eng, 62, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 2019 sehingga 2024. Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan ahli lembaga pengarah Syarikat Seng Cushion…










