KOTA BHARU: Seorang penganggur yang mendakwa mengalami masalah mental sejak 2006 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan samun sehingga mencederakan seorang wanita dalam kejadian di Jalan Salor, awal bulan ini. Nik Muhammad Afiq Nik Azhar, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan samun dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia…










