SEREMBAN: Penantian 10 tahun seorang wanita bagi menerima cahaya mata pertama kini berakhir selepas dia selamat melahirkan bayi lelaki pada 30 Januari lalu menerusi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Zahidah Zainudin, 33, berkata, kelahiran cahaya mata sulung itu amat bermakna baginya dan suami, Salahuddin Alaayubi Nawawi, 41, selepas sedekad menanti sebelum rawatan IVF yang dijalani pada April tahun lalu di bawah Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) berjaya. Katanya, pengalaman hamil pertama…










