KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung Penyelaras Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya akan dimaklumkan selepas kertas siasatan selesai. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini beliau masih belum mempunyai maklumat Zamri akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya. Sebaliknya, beliau berkata, maklumat berkenaan hanya akan dimaklumkan selepas kertas siasatan selesai. “Buat masa sekarang saya belum ada apa-apa maklumat melainkan berita…







