Pemilihan Khas Bahagian isi kekosongan kepemimpinan

Pemilihan Khas Bahagian isi kekosongan kepemimpinan

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu mengadakan Pemilihan Khas Bahagian bagi mengisi kekoso­ngan kepemimpinan selepas beberapa ketua bahagian didakwa membubarkan struktur orga­nisasi di peringkat masing-ma­sing.

Pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, langkah itu selaras dengan perlembagaan parti dan bertujuan memastikan setiap bahagian mempunyai kepemimpinan sah serta dapat meneruskan peranan mereka bagi menyokong parti.

“Jika berlaku peletakan jawatan oleh jawatankuasa bahagian, kita boleh lantik pemangku sementara dan diadakan pemilihan khas bahagian untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Struktur bahagian tidak boleh diubah secara bebas oleh ahli bahagian tanpa persetujuan pihak Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya.

Media melaporkan, Bersatu menafikan laporan bahawa empat bahagian parti iaitu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong dibubarkan susulan peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa bahagian.

Namun Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahagian-bahagian berkenaan masih wujud mengikut Perlembagaan Bersatu ke­rana perlembagaan parti tidak memberi kuasa kepada mana-mana ahli atau ketua bahagian untuk membubarkan bahagian.

Dakwaan pembubaran itu tidak berasas dan bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.

Katanya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peruntukan sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN