NIBONG TEBAL: Pemetaan atau mapping sedang dilakukan melibatkan kawasan-kawasan yang dijangka menerima limpahan pelajar tahun satu pada tahun depan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sambutan terhadap kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke tahun satu dijangka memberangsangkan terutamanya di kawasan bandar. Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan makluman awal diterima daripada ibu bapa yang menyambut baik inisiatif tersebut. “Pemetaan kawasan-kawasan sekolah untuk kita segera buat tambah baik khususnya untuk fasiliti, kapasiti serta…










