KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih seimbang antara negeri Pantai Timur dan Pantai Barat menerusi pengukuhan jaringan logistik, peningkatan mobiliti rakyat serta akses utiliti. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, ia selaras dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang memfokuskan kepada usaha merapatkan jurang pembangunan wilayah dan meningkatkan daya saing ekonomi setempat. Katanya, pelaksanaan projek infrastruktur strategik seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi…










