KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang mendesak kerajaan mengadakan sidang tergempar sekali lagi bagi membincangkan isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia, serta membuka ruang untuk perbahasan terbuka melibatkan kedua-dua pihak. Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sesi penerangan satu hala yang diadakan sebelum ini tidak mencukupi, sebaliknya isu sebesar persempadanan negara perlu dibahaskan secara terbuka melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang. “Pada peringkat awal, Yang Dipertua Dewan Rakyat, telah…










