KUALA LUMPUR: Seorang pelombong emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita warga China sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM2.15 juta, tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Al-Farouq Mat Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Haron. Mengikut pertuduhan, dia bersama tiga individu lain yang telah dituduh didakwa merompak seorang suri rumah, Chen Kexue, 31, di sebuah vila…










