Pelajar UPSI lemas ketika mandi sungai di Ulu Bernam - Utusan Malaysia

Pelajar UPSI lemas ketika mandi sungai di Ulu Bernam

ANGGOTA bomba dan pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan kepada pelajar UPSI yang lemas di sungai dalam kejadian di Ulu Bernam di Tanjung Malim. - GAMBAR JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lemas ketika mandi bersama rakannya di sungai kawasan perkelahan di Taman Teratak, Ulu Bernam di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.57 petang.

Menurutnya, mangsa Muhammad Afiq Aizat Muhd Shukri, 23, dilaporkan lemas semasa melakukan aktiviti perkelahan bersama rakannya di sungai.

“Berdasarkan maklumat orang awam, semasa kejadian tiga orang dihanyutkan arus namun dua berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa yang lemas berjaya dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba melakukan size-up sebelum membuat pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum ketibaan petugas kesihatan,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan berlaku kejadian kepala air ekoran hujan lebat berterusan di Tanjung Malim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN