Pelajar A diejek ‘pembunuh’ di sekolah baharu - Utusan Malaysia

Pelajar A diejek ‘pembunuh’ di sekolah baharu

INKUES ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu dimaklumkan bahawa pelajar perempuan yang dikenali sebagai ‘Pelajar A’ dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilabel sebagai pembunuh di sekolah baharu, sejak berpindah ke situ pada November lalu.

Ibu kepada pelajar itu berkata, anaknya diejek dengan laungan ‘pembunuh’ ketika menaiki pentas untuk menerima hadiah pertamanya di sekolah berkenaan.

“Dia sendiri tidak mendengarnya, namun orang di sekeliling memaklumkan perkara itu kepadanya kemudian. Turut kedengaran sorakan mengejek,” katanya memetik laporan media.

Wanita itu merupakan saksi ke-62 inkues kematian Zara Qairina semasa prosiding berlangsung di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan yang memasuki hari ke-59.

Pelajar A merupakan antara lima pelajar yang didakwa dalam kes buli melibatkan Zara Qairina.

Anak kepada saksi itu diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan.

Dalam pada itu, saksi ke-62 itu memberitahu mahkamah, sepanjang tempoh persekolahan anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, dia mengemukakan 12 aduan kepada pihak sekolah berhubung pelbagai dakwaan termasuk penghinaan, dimarahi secara keterlaluan, kecurian dan vandalisme.

Suri rumah berusia 42 tahun itu berkata, tiada satu pun maklum balas diterimanya memuaskan hati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN