KOTA BHARU: Seorang pekerja syarikat kurier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya yang sedang hamil di bilik tidur sebuah rumah di Kampung Buloh Poh, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Aniq Haikal Amirudin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berusia 19 tahun, di bilik tidur rumah…










