Pekema peruntuk lebih RM700,000 sumbangan Hari Raya kepada anak asnaf, tahfiz - Utusan Malaysia

Pekema peruntuk lebih RM700,000 sumbangan Hari Raya kepada anak asnaf, tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyalurkan sumbangan hari raya kepada 3,600 anak-anak asnaf dan golongan yang tidak berkemampuan di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, sumbangan tersebut melibatkan peruntukan hampir RM720,000 dan ia disalurkan secara berperingkat ke seluruh negara.

Katanya, sumbangan itu melibatkan beberapa zon termasuk Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Setiap asnaf dan anak yatim akan mendapat sebanyak RM200 untuk membeli keperluan hari raya.

“Kita bukan sekadar menghulurkan bantuan kewangan, tetapi ingin menghadirkan kegembiraan dan harapan buat anak-anak ini agar mereka turut merasai kemeriahan Syawal seperti insan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Program Shopping Raya 2026 bersama Yayasan Pekema di Zon Tengah, semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 500 asnaf dan yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima sumbangan keperluan raya tersebut.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazari berkata, pada tahun ini Pekema turut menyalurkan sumbangan kepada 10 bekas atlet tanah air yang memerlukan.

“Semua bekas atlet tersebut menerima menerima sumbangan RM3,000 setiap seorang sebagai tanda terima kasih kerana telah menyumbang jasa kepada negara.

“Mereka ini (bekas atlet) ada yang dan mereka dalam kalangan yang tiada pekerjaan dan cedera disebabkan oleh penglibatan dalam sukan sebelum ini,” katanya.-UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN