PORT DICKSON: Semangat mahu menyokong persatuan komuniti setempat mendorong penduduk di Pekan Pengkalan Kempas di sini, menghias kediaman masing-masing sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, suasana pekan kecil itu berubah wajah sejak awal bulan ini apabila tanglung merah, kaligrafi Cina serta pelbagai hiasan tradisional digantung di hadapan rumah dan premis perniagaan. Kemeriahan itu bukan sahaja menceriakan sambutan perayaan, malah menarik kehadiran pengunjung luar yang singgah untuk bergambar…










