PETALING JAYA: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) akan bertanding sekurang-kurangnya 28 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dengan calon-calon dipilih oleh cawangan masing-masing. Presiden PBDS, Dr. John Brian Anthony berkata, walaupun perlembagaan parti memberi kuasa kepada presiden untuk memilih calon, PBDS lebih mengutamakan cawangan-cawangan yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon terbaik mereka sendiri. “Sekiranya sebuah cawangan mempunyai dua atau tiga calon berpotensi dan ingin Majlis…










