PASIR PUTEH: Keterujaan mahu masuk ke Malaysia mendorong pendatang asing tanpa izin (PATI) mempelajari asas Bahasa Melayu menerusi internet bagi memudahkan pergerakan mereka. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, hasil soal siasat mendapati PATI itu berbuat demikian atas saranan rakan-rakan yang pernah masuk atau berada di negara ini. “Mereka (PATI) mengambil inisiatif sendiri dengan mempelajari asas bahasa Melayu walaupun tidak fasih sebagai…










