KOTA BHARU: Pas bersetuju mengetuai Perikatan Nasional (PN) tetapi nama pemimpin yang dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatan Pengerusi hanya didedahkan dalam mesyuarat gabungan parti politik itu nanti. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sudah mempunyai nama dalam kalangan kepemimpinan tertingginya untuk dicalonkan bagi mengisi jawatan tersebut. “Kita akan usulkan nama tersebut di dalam mesyuarat PN nanti. Hanya seorang boleh jadi Pengerusi, jadi kita angkat satu nama…










