PARLIMEN: Subsidi gula akan dikurangkan

PARLIMEN: Subsidi gula akan dikurangkan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Subsidi gula akan dikurangkan dan mekanisme pelaksanaannya bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya bersetuju terhadap cadangan mengurangkan subsidi gula yang kini sedang dibincangkan bersama Kementerian Kewangan.

“Jadi pada asasnya kita bersetuju dan sebab itu kita sedang meneliti bersama Kementerian Kewangan tentang hala tuju harga gula putih,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Subsidi gula dilaporkan menelan belanja kira-kira RM42 juta sebulan.

Terdahulu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) bertanya mengenai status kajian berhubung cadangan menghapuskan subsidi gula.

Armizan berkata, subsidi gula tidak boleh dikurangkan secara drastik kerana dikhuatiri mengakibatkan kenaikan harga barangan secara mendadak dan membebankan rakyat.

“Kita tahu kita perlu melaksanakannya secara berperingkat. Kita mulakan dengan penyasaran subsidi dengan perkara-perkara yang besar seperti diesel, RON95 sebab kita tidak mahu laksanakan sekali gus.

“Kalau kita sasarkan subsidi ini sekali gus, kesannya terhadap harga barangan yang akhirnya perlu dijawab oleh KPDN,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN