KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan kumpulan kongsi gelap atau kartel mengutip wang perlindungan daripada peniaga warga asing di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan mengenai kewujudan sindiket atau kartel bagi aktiviti tersebut sedang diteliti secara mendalam. “Sekiranya terbukti mempunyai unsur jenayah terancang, tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Jenayah (POCA) boleh diambil terhadap dalang terlibat.…










