KUALA LUMPUR: Seorang Perdana Menteri sebagai ketua Kerajaan Persekutuan berkuasa menandatangani perjanjian antarabangsa bagi pihak Malaysia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan input Jabatan Peguam Negara (AGC), Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani pada 26 Oktober 2025 merupakan perjanjian antarabangsa yang mengikat di sisi undang-undang antarabangsa. “Di bawah Perlembagaan…










