PARLIMEN: Penahanan individu himpunan GARAH tidak wajar dipolitikkan

PARLIMEN: Penahanan individu himpunan GARAH tidak wajar dipolitikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram tidak wajar dipolitikkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, perkara sebegini tidak boleh diputarbelitkan untuk tujuan politik.

“Jangan dipolitikkan isu ini. Pendirian kerajaan jelas dan tidak wajar diputarbelitkan untuk tujuan politik. Saya tidak mahu menambah keadaan atau mencipta naratif tambahan.

“Semua pihak diingatkan agar tidak membuat kesimpulan atau andaian meluas mengenai penahanan individu susulan perhimpunan itu dan menyeru agar perkara tersebut dibenarkan berjalan mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN–Besut) mengenai penahanan individu berkenaan susulan perhimpinan berkenaan adalah salah dari segi undang-undang.

Semalam, media melaporkan, polis mengesahkan menahan seramai 19 individu termasuk penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan Pengasas TanahMalaya.com, Tamim Dahari Abdul Razak berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima pemakluman penganjuran himpunan daripada pihak penganjur terdiri daripada Gabungan Pendakwah Bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN