KUALA LUMPUR: Lebih RM25 juta dana milik mangsa penipuan disita sejak tahun 2022, dengan sejumlah RM7.33 juta daripadanya telah dipulangkan semula kepada mangsa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemulangan dana tersebut tertakluk kepada beberapa faktor termasuk status dana dalam akaun terlibat, tempoh pelaporan oleh mangsa serta proses siasatan dan perundangan yang sedang berkuat kuasa. “Berdasarkan statistik Pusat Respons Scam Kebangsaan…









