KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji mekanisme untuk menyekat penggunaan kad kredit asing bagi pembelian petrol RON95 di negara ini. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ia bertujuan memastikan subsidi RON95 hanya dinikmati oleh rakyat yang layak. Katanya, KPDN akan mewujudkan peraturan baharu yang melarang pembelian RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing. “Melalui peraturan baharu ini kelak, larangan dan tindakan undang-undang boleh diambil…










