KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta diberi ruang dan masa untuk meneliti impak keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan tarif diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump tidak sah, termasuk menilai kepentingan dan implikasinya terhadap ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersetuju dengan gesaan supaya kerajaan menilai semula Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS berdasarkan keputusan Mahkamah Agung AS. Namun katanya, sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara…










