KUALA LUMPUR: Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara tidak berakhir di peringkat makmal, sebaliknya diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, usaha itu ditumpukan kepada komuniti luar bandar menerusi pemerkasaan bidang pertanian pintar pengurusan air serta adaptasi terhadap perubahan iklim. Katanya, antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) oleh Agensi Angkasa Malaysia…










