KUALA LUMPUR: Pembelian minyak masak paket bersubsidi menggunakan kad pengenalan (MyKad) merupakan alternatif kepada aplikasi Mobile eCOSS bagi memudahkan rakyat khususnya warga emas dan golongan tidak memiliki telefon pintar. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sistem eCOSS akan diintegrasikan dengan platform MyKasih serta mengkaji penggunaan MyKad generasi baharu yang mempunyai kod QR. Katanya, langkah itu antara usaha kementerian menangani kebimbangan pelaksanaan sistem berkenaan…










