KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong manakala RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup. Bacaan kali kedua bagi kedua-duanya dijadualkan pada sidang kali ini. Menurut…










