KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat Peguam Negara berhubung tindakan susulan ke atas individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah spa di Chow Kit, November lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan berkaitan perkara itu sudah dirujuk ke pejabat Peguam Negara pada 17 Disember 2025 untuk penelitian. “PDRM membuka kertas siasatan membabitkan lelaki warga tempatan daripada jumlah 171 orang…










