IPOH: Paras air Tasik Temengor kini mencatat 240 meter, iaitu lebih rendah berbanding paras biasa 245 meter berikutan keadaan cuaca kering dan taburan hujan yang berkurangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini di kawasan tadahan hulu Sungai Perak. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, jumlah kemasukan air semula jadi ke dalam takungan Tasik Temengor adalah rendah, akibat taburan hujan yang berkurangan di…









