“Macam mana hendak kurus, asyik makan saja! “ Itu kata-kata yang sering dilemparkan kepada mereka berbadan besar. Walaupun mungkin ia sekadar gurauan, kata-kata itu tetap menghiris jiwa dan menjejaskan mental mereka. Usah perkecilkan mereka yang hidup dengan obesiti (PwO) kerana kadangkala bukannya mereka tidak berusaha menurunkan berat badan tetapi usaha mengamalkan diet sihat dan bersenam masih gagal mencapai matlamat menurunkan berat badan. Antara masalah dihadapi PwO yang mungkin tidak ramai…










