Notis Merah Interpol Riza Chalid: Saifuddin belum terima makluman daripada PDRM

Notis Merah Interpol Riza Chalid: Saifuddin belum terima makluman daripada PDRM

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika hadir majlis amanat kepada warga AKPS di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan belum menerima apa-apa makluman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai notis merah Interpol (polis antarabangsa) terhadap tokoh minyak Indonesia dalam buruan, Mohammad Riza Chalid, 66.

Menurutnya, beliau juga akan mendapatkan segera kesahihan maklumat itu dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

“Saya kena periksa dengan IGP (Ketua Polis Negara) dulu. Saya belum dapat lagi maklumat itu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan amanat kepada warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Interpol telah mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid, pada 23 Januari lalu kerana didakwa terlibat dalam skandal rasuah berskala besar bernilai AS$285 juta (RM1.12 bilion) membabitkan syarikat minyak negara, Pertamina, bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Setiausaha Biro Pusat Nasional Interpol Indonesia, Untung Widyatmoko, berkata pihaknya bekerjasama dengan 196 negara anggota Interpol bagi mengesan kedudukan Mohammad Riza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN