Nama naik sebab bakat dan kerja keras - Sharnaaz Ahamd - Utusan Malaysia

Nama naik sebab bakat dan kerja keras – Sharnaaz Ahamd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharnaaz Ahmad tidak akan menggunakan kontroversi untuk menaikkan nama atau naskhah drama dan filem yang dijayakannya.

Menurut Sharnaaz, cara tersebut hanya mencemarkan imej, meninggalkan kesan buruk dan membuatkan seseorang artis itu tidak kekal lama.

“Saya tidak akan sesekali mengada-adakan cerita panas atau menjual kisah peribadi semata-mata mencuri tumpuan masyarakat.

“Saya percaya bakat dan kerja keras itulah yang akan menaikkan nama artis itu. Tak perlulah guna kontroversi untuk dikenali.

“Kalau seseorang pelakon itu bagus dan berbakat, dia akan naik dengan sendirinya tak perlulah jaja cerita peribadi,” kongsinya.

Sharnaaz berkata demikian semasa pertunjukkan fesyen Bulan Bintang The Next Chapter baru-baru ini.

Sharnaaz dalam pada itu memaklumkan naskhah yang bagus bukan sahaja filem tersebut tetapi pelakon yang membintanginya.

“Filem yang bagus pastinya akan naik sendiri, dan menaikkan nama pelakonnya. Tak perlulah cerita-cerita panas artis dijual untuk publisiti,” kongsinya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN