PETALING JAYA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melancarkan Pelan Reformasi Nafas 2026-2030 (Nafas 2.0) bagi memperkukuh tatakelola, hala tuju perniagaan serta kelestarian institusi itu demi kepentingan ratusan ribu warga peladang di seluruh negara. Pelan bertemakan Transformasi, Pemerkasaan dan Berdaya Saing itu menjadi kerangka utama penstrukturan semula Nafas, merangkumi pembaharuan pengurusan, pengukuhan integriti dan peningkatan keupayaan perniagaan selari dengan agenda keterjaminan makanan negara. Nafas berkata, agensi tersebut akan memfokuskan reformasi bersandarkan lima…










