KUALA LUMPUR: Malaysia mempertahankan kedaulatan wilayah negara dengan berpaksikan Peta Baharu Malaysia 1979 dan tidak mengiktiraf sebarang tuntutan maritim oleh pihak luar yang bertentangan dengannya termasuk oleh China. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang pertindihan kawasan maritim dengan China berasaskan peta yang diperakui di peringkat antarabangsa pada 1979. Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana permohonan atau tuntutan kedaulatan dibuat oleh negara lain sekiranya ia…










