Macam sesi taaruf, peminat tersengih tengok Que Haidar usik Nur Fazura - Utusan Malaysia

Macam sesi taaruf, peminat tersengih tengok Que Haidar usik Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sesi siaran langsung membabitkan pelakon, Que Haidar dan Nur Fazura mencuri perhatian warganet apabila kedua-duanya dilihat rancak berbual sambil berbalas usikan, yang diibaratkan peminat persis pasangan sedang melalui fasa taaruf.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, mereka turut berkongsi cerita mengenai persiapan menyambut Ramadan.

Fazura memaklumkan bakal menjalani ibadah puasa bersama ibunya yang kini menetap bersamanya namakala Que bakal menyambut tiha hari awal Ramadan sendirian.

“Saya akan pulang ke kampung pada hari cuti bekerja. Bagaimanapun, untuk tiga hari pertama Ramadan, saya berbuka sendirian kerana adik sudah pulang lebih awal. Saya pula sudah tidak mempunyai ibu bapa,” kata Que secara bersahaja.

Dalam pada itu, Fazura yang ditemani beberapa rakan tidak menolak pelawaan untuk ke bazar Ramadan sekiranya diajak aktor tersebut.

“Saya sudah lama tidak ke bazar Ramadan. Kalau awak ajak, saya pergi. Cuma saya kurang gemar ke sana kerana rambang mata, semua hendak dibeli hingga membazir. Saya memang tidak suka membazir,” ujar Fazura.

Turut mencuri perhatian apabila Que sempat meminta rakan Fazura yang dikenali sebagai Enny menghulurkan segelas air buat pelakon itu kerana suaranya kedengaran sedikit serak.

Keakraban dan kemesraan yang dipamerkan mereka mengundang pelbagai reaksi peminat di ruangan komen.

“Entah kenapa saya pula yang tersengih melihat mereka berdua, sudah macam sesi taaruf,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Macam zaman sekolah, hendak keluar ‘dating’ pun bawa kawan-kawan, bercakap pun malu-malu,” seloroh seorang lagi.

“Que Haidar memang ‘green flag’. Semoga Allah aturkan yang terbaik buat mereka,” komen seorang peminat.

Terdahulu, hubungan mereka dikatakan semakin rapat selepas Fazura menjalinkan kolaborasi bersama Jakel, manakala Que Haidar dilantik sebagai salah seorang duta jenama bagi Koleksi Raya 2026. — UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN