Lima individu ditahan merusuh guna senjata

Lima individu ditahan merusuh guna senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan lima individu selepas dipercayai terlibat dalam kes merusuh menggunakan senjata sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran, Bukit Jalil dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia dalam lingkungan awal 20-an yang mendakwa diserang sekumpulan lelaki menggunakan sebilah pisau dan kayu besbol.

“Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami luka di tangan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. 

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kerana tidak puas hati selepas salah seorang suspek menggunakan kata-kata kesat terhadap isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kelima-lima suspek yang berusia 18 hingga 40-an itu diberkas secara berasingan sejak 21 Februari lalu sehingga semalam.

“Semakan mendapati tiga daripada suspek tersebut memiliki beberapa rekod lampau namun bebas pengambilan bahan terlarang. 

Mereka direman sehingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN