PORT DICKSON: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemukan mati dengan kesan 29 tikaman di bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Besar Bukit Pelandok di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.45 pagi sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi. Menurutnya, mangsa berusia 26 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap, lengkap berpakaian dan terdapat kesan…










