Lelaki dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah

ANGGOTA bomba membantu menaikkan mangsa yang terselamat dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Tambun di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.45 tengah malam.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak empangan memberitahu terdapat dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya tenggelam dan seorang lagi berada di permukaan air.

“Ketua Operasi kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep Saver dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan ‘bouya’ yang dibaling kepada mangsa di permukaan air,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa berusia 34 tahun yang berjaya dicapai kemudian dibawa naik ke pelantar sebelum dinaikkan ke kawasan atas empangan yang berketinggian kira-kira 30 kaki menggunakan sistem tali.

Katanya, seorang lagi mangsa berusia 32 tahun yang dipercayai tenggelam masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat sedang dirancang untuk tindakan susulan.

“Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah diwujudkan di lokasi kejadian termasuk penyediaan bantuan pencahayaan bagi memudahkan operasi dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN